Siswa dalam Dilemma
Kepentingan pendidikan dalam hidup kita memang tidak dapat dinafikan. Dalam suasana yang serba baru dan dalam persekitaran yang mencabar, kita menempuh dunia pembelajaran dengan penuh rasa ingin tahu dan perasaan ingin menerokai dunia yang meluap-luap. Semangat yang jitu membuatkan kita sentiasa mencari peluang menimba ilmu walau dimana dan bila-bila masa sahaja. Sebelum menngupas isu ini, saya mengkin terlalu terbuka dalam menyuarakan apa saya lihat, rasa dan fikir. Namun itulah yang saya harus dikongsi bersama untuk sebagai renungan dan pandangan kita bersama.
Dalam perlumbaan kita mengejar ilmu yang tidak pernah kenal erti kesudahan ini, kita dinodai oleh sikap yang membuatkan kita alpa, leka dan lalai dalam meneruskan perlumbaan yang mencabar ini. Sedikit sebanyak ia mampu menggugat dan membantutkan semangat juang kita dalam menuntut ilmu. Maka, dalam hal ini saya telah memmerhatikan sikap dan gelagat dilemma yang dihadapi oleh siswa-siswi AlmaCrest khususnya. Dilemma yang terus menghantui dan menyelimuti minda dan jiwa siswa-siswi di sini.
Apa yang lebih menonjol tapi tanpa disedari oleh kita ialah kelesuan minda dan semangat dapat di lihat bilamana ketika mula sesi kuliag. Dengan minda yang seolah-olah disetkan untuk datang ke kuliah semata-mata untuk....(bersambung)
Tuesday, November 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment