Tuesday, November 3, 2009

Dilemma siswa-siswi AlmaCrest

Siswa dalam Dilemma

Kepentingan pendidikan dalam hidup kita memang tidak dapat dinafikan. Dalam suasana yang serba baru dan dalam persekitaran yang mencabar, kita menempuh dunia pembelajaran dengan penuh rasa ingin tahu dan perasaan ingin menerokai dunia yang meluap-luap. Semangat yang jitu membuatkan kita sentiasa mencari peluang menimba ilmu walau dimana dan bila-bila masa sahaja. Sebelum menngupas isu ini, saya mengkin terlalu terbuka dalam menyuarakan apa saya lihat, rasa dan fikir. Namun itulah yang saya harus dikongsi bersama untuk sebagai renungan dan pandangan kita bersama.

Dalam perlumbaan kita mengejar ilmu yang tidak pernah kenal erti kesudahan ini, kita dinodai oleh sikap yang membuatkan kita alpa, leka dan lalai dalam meneruskan perlumbaan yang mencabar ini. Sedikit sebanyak ia mampu menggugat dan membantutkan semangat juang kita dalam menuntut ilmu. Maka, dalam hal ini saya telah memmerhatikan sikap dan gelagat dilemma yang dihadapi oleh siswa-siswi AlmaCrest khususnya. Dilemma yang terus menghantui dan menyelimuti minda dan jiwa siswa-siswi di sini.

Apa yang lebih menonjol tapi tanpa disedari oleh kita ialah kelesuan minda dan semangat dapat di lihat bilamana ketika mula sesi kuliag. Dengan minda yang seolah-olah disetkan untuk datang ke kuliah semata-mata untuk....(bersambung)

Thursday, September 17, 2009

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri


Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua staf dan pelajar ACIC disamping keluarga. Semoga di hari mulia ini dapat memberikan kita sejuta makna kemaafan dan kegembiraan disamping keluarga tersayang. Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang mengenali diri ini.
_______________________________


Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya


Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban


Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Saya meyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

Tuesday, September 8, 2009

Pengumuman terbaru!..

Terkini..markah pelajar boleh diakses sekarang.
Sekian,terima kasih.

Markah terkini:-
1) DLM G1
2) DRM G1
3) DLM G2
4) DLM G3
5) DLM G4
Sebarang kemaskini dan permintaan semakan semula boleh dibuat sebelum 15 November 2009.
Harap maklum

Friday, August 14, 2009

Pengenalan

Salam sejahtera dan selamat datang ke blog saya.Pertama sekali, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana berjaya menghasilkan blog ini.Usaha ini diharap mampu membuka minda semua agar bersama-sama membangunkan dan melahirkan insan yang bersikap terbuka, kreatif, kritis dan berani dalam isu-isu dalam dan luar negara.Di samping itu,melahirkan generasi yang unggul terletak di bahu kita kerana tanggungjawab dan amanah adalah dalam diri kita.

Justeru itu,diharap usaha kecil saya ini mampu menjadi pencetus semangat revolusi pemikiran yang dapat mengubah jatidiri bangsa yang terunggul di muka bumi ini.Setiap warga Malaysia walau anda berada di mana, bangkitlah!..demi bangsamu!.negaramu! dan agamamu!

Akhir kata,saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak yang banyak membantu dan menyokong saya dari segala segi untuk menjayakan blog ini.


eman ku
14 Ogos 2009